Blogger Templates

Pages

Wednesday, October 05, 2011

Rakan, Kawan, Sahabat, Teman...

Rakan itu rakan.
Kawan itu kawan.
Sahabat itu sahabat.
Teman itu teman.
Tapi siapa rakan, siapa kawan, siapa sahabat, dan siapa teman.

Layakkah aku digelar sahabat,
Atau hanya sekadar kawan,
Paling tidak pun hanya rakan.
Siapakah aku?

Sekiranya aku hanya rakan,
Jagalah ia supaya terus bersama.
Jika aku sekadar kawan,
Teruskanlah meniti persahabatan.

Tapi…
Jika aku bergelar sahabat,
Malulah aku kerana aku masih belum layak.
Namun ribuan terima kasih aku kirimkan.

Jika inilah yang membawa kebaikan,
Jagalah ia agar tidak memburukkan.
Jika ini penyelesaian,
Jagalah ia agar tidak memasalahkan.

Aku terima kau sebagai rakan,
Aku terima kau sebagai kawan,
Aku terima kau sebagai sahabat,
Aku terima kau sebagai teman.
Walaupun aku inginkan lebih.

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget