Blogger Templates

Pages

Monday, October 10, 2011

Pedang Atau Pena?






















Pedang sudah terbukti tajamnya,
Dapat dilihat melalui katana.
Tapi pena lebih berbisa,
Sekali terasa, berdarah dalamnya.

Pedang bisa buat kau berdarah,
Pena mampu buat kau berubah.
Darah luar boleh terubat,
Darah dalam terus mengalir.

Hijrahlah dari pertikaman,
Supaya menjadi perubahan.
Mengapa perlu saling bertikam,
Sedang kita boleh berbincang.
Sedangkan pedang tinggalkan parut,
Apatah lagi pena berbisa.
Sedangkan batu dikalahkan air,
Apatah lagi hati yang lembut.

Melalui pena ilmu tersebar,
Melalui pena kebenaran terungkap.
Tapi pedang bawa sengsara,
Kebenaran pula terus tertimbus.

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget