Blogger Templates

Pages

Sunday, October 23, 2011

Bodohnya Aku!!!


Aku bodoh,
Otakku bodoh,
Hatiku bodoh,
Maluku bodoh,
Tanganku bodoh,
Kakiku bodoh.
Semuanya bodoh kerna apa?
Kerna tak ada yang bijak selain bodoh!

Aku bodoh kerna tak reti ajar diri,
Aku bodoh sebab tak pandu kebaikan,
Aku bodoh kerana terlalu bodoh.

Otakku bodoh fikir aku pandai,
Otakku bodoh tak mahu belajar,
Otakku bodoh teringatkan maksiat.

Hatiku bodoh tak ada niat,
Hatiku bodoh teringatkan dia,
Hatiku bodoh simpan erti cinta.

Maluku bodoh pernah menebuk,
Maluku bodoh tak berhenti meraung,
Maluku bodoh dikawal serakah.

Tanganku bodoh menjadi panjang,
Tanganku bodoh selalu sangat jari tengah,
Tanganku bodoh pernah orang terbinasa.

Kakiku bodoh pandu kejahatan,
Kakiku bodoh kelembah hina,
Kakiku bodoh orang ke hospital.

Dari luar ke dalam,
Tiada satu pun pandai kecuali bodoh.
Dari fizikal ke rohani,
Tiada yang pandai hanyalah bodoh.

Aku memang bodohkan?
Hahahahahaha!!! Ya, aku memang BODOH!!!
Kenapa aku bodoh? Kenapa tak pandai?
Kenapa otakku bodoh? Kenapa tak pandai?
Kenapa hatiku bodoh? Kenapa tak pandai?
Kenapa maluku bodoh? Kenapa tak pandai?
Kenapa tanganku bodoh? Kenapa tak pandai?
Kenapa kakiku bodoh? Kenapa tak pandai?

Kenapa???
Sebab aku memang aku bodoh!!!
AKU MEMANG BODOH!!!
Dah terbukti dah pun aku ni bodoh!!!

Tapi aku juga pandai…
Pandai berubah bawa diri kebaikan,
Pandai fikir cara berubah,
Pandai tentang tolak perasaan,
Pandai jaga terus meliar,
Pandai elak dari dosa,
Pandai jejak majlis ilmu.
AKU JUGA PANDAI!!!!

Monday, October 10, 2011

Pedang Atau Pena?






















Pedang sudah terbukti tajamnya,
Dapat dilihat melalui katana.
Tapi pena lebih berbisa,
Sekali terasa, berdarah dalamnya.

Pedang bisa buat kau berdarah,
Pena mampu buat kau berubah.
Darah luar boleh terubat,
Darah dalam terus mengalir.

Hijrahlah dari pertikaman,
Supaya menjadi perubahan.
Mengapa perlu saling bertikam,
Sedang kita boleh berbincang.
Sedangkan pedang tinggalkan parut,
Apatah lagi pena berbisa.
Sedangkan batu dikalahkan air,
Apatah lagi hati yang lembut.

Melalui pena ilmu tersebar,
Melalui pena kebenaran terungkap.
Tapi pedang bawa sengsara,
Kebenaran pula terus tertimbus.

Wednesday, October 05, 2011

Rakan, Kawan, Sahabat, Teman...

Rakan itu rakan.
Kawan itu kawan.
Sahabat itu sahabat.
Teman itu teman.
Tapi siapa rakan, siapa kawan, siapa sahabat, dan siapa teman.

Layakkah aku digelar sahabat,
Atau hanya sekadar kawan,
Paling tidak pun hanya rakan.
Siapakah aku?

Sekiranya aku hanya rakan,
Jagalah ia supaya terus bersama.
Jika aku sekadar kawan,
Teruskanlah meniti persahabatan.

Tapi…
Jika aku bergelar sahabat,
Malulah aku kerana aku masih belum layak.
Namun ribuan terima kasih aku kirimkan.

Jika inilah yang membawa kebaikan,
Jagalah ia agar tidak memburukkan.
Jika ini penyelesaian,
Jagalah ia agar tidak memasalahkan.

Aku terima kau sebagai rakan,
Aku terima kau sebagai kawan,
Aku terima kau sebagai sahabat,
Aku terima kau sebagai teman.
Walaupun aku inginkan lebih.

Saturday, October 01, 2011

Pejuang Kemerdekaan

Kau yang bertubuh kecil,
Tetapi berjiwa besar.
Tegas penuh pendirian,
Dan berhati mulia.

Dari utara hingga selatan,
Lantang suaramu.
Menentang penjajahan,
Melawan penindasan.

Demi untuk negara,
Demi untuk merdeka.
Kau sering terpenjara,
Kebebasanmu dirampas.

Tapi,
Jiwamu tetap merdeka.

Diatas robohan kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka.
Kata-kata azimatmu,
Tak pernah kami lupa.

Walaupun kini jasadmu telah tiada,
Namun semangatmu membakar jiwa,
Rakyat Malaysia yang tak pernah melupakan pengorbananmu,
Rakyat Malaysia yang cintakan perjuanganmu.

Wednesday, September 28, 2011

Old Blogger, New Blog!!!

Assalammualaikum...hai...aku blogger yang lama cuma blog ja baru...niat aku masih sama macam dulu...meluahkan isi hati melalui karya aku....ffuuuhh...dah lama aku tak menaip macam ni...sapa-sapa yang ada benda nak dikongsi bersama boleh saja...keep in follow...hehehe...
There was an error in this gadget